Fusarium venenatum

 Fusarium venenatum adalah sejenis mikrokulat daripada genus Fusarium yang mempunyai kandungan protein yang tinggi. Salah satu strain untuk genus Fusarium digunakan secara komersial untuk penghasilan protein sel tunggal mycoprotein Quorn .Fusarium venenatum ditemui bertumbuh di dalam tanah di Buckinghamshire di United Kingdom, [1] pada tahun 1967 oleh ICI sebagai sebahagian daripada usaha semasa tahun 1960-an untuk mencari sumber makanan alternatif untuk mengisi jurang protein yang disebabkan oleh populasi dunia yang semakin meningkat. [2] Pada masa itu ia telah salah dikenal pasti sebagai Fusarium graminearum. Strain Fusarium venenatum A3/5 (IMI 145425, ATCC PTA-2684 [3] ) telah dibangunkan secara komersil hasil daripada kerjasama diantara ICI dan Rank Hovis McDougall untuk memperoleh mikoprotein yang digunakan sebagai makanan. [1] Kerana hifa kulat adalah sama panjang dan lebarnya dengan gentian otot haiwan [1] mikoprotein digunakan sebagai alternatif kepada daging dan dipasarkan kepada vegetarian sebagai sebuah produk bernama Quorn. [2] Ia juga sesuai sebagai pengganti lemak dalam produk tenusu dan pengganti bijirin dalam bijirin sarapan pagi dan makanan ringan. [1]

Rujukan

WikiPedia: Fusarium venenatum http://www.accessdata.fda.gov/scripts/fcn/gras_not... https://www.independent.co.uk/news/uk/this-britain... https://metro.co.uk/2018/03/04/what-is-quorn-made-... https://www.researchgate.net/figure/The-appearance... https://eol.org/pages/1007275 http://www.indexfungorum.org/names/NamesRecord.asp... https://www.gbif.org/species/5252107 https://www.inaturalist.org/taxa/480659 https://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=11... https://www.mycobank.org/MB/413096